RAHSIA SYAITAN / IBLIS

RAHSIA SYAITAN / IBLIS
Dipetik dari : Al -Islam Jan. 1999 oleh ROSE MARIENA


Perkataan Iblis diambil dari kata dasar al-iblas. Ia membawa  maksud jenis yang suka memberontak atau derhaka. Dari sudut  bahasa ia dimaksudkan juga sebagai orang putus harap, sedih dan  kecewa.

Sementara perkataan syaitan dari kata syatana (ba'uda) yang  bermaksud jauh. `Jauh' itu mungkin boleh dirujukkan kepada  tabiat makhluk itu sendiri yang jauh daripada manusia. Ataupun  `jauh' iti dirujukkan kepada kejahatan yang daripada kebaikan.

Selain itu, perkataan syaitan diambil juga dari kata dasar syatnu (al  ba'du) yang turut bermaksud jauh. Olah itu, kata as-syatin  dimaksudkan sebagai orang yang jauh dari kebenaran.

Perkataan iblis diulang dalam al-Quran sebanyak sebelas kali di  sebelas tempat. Iblis disebut dalam bentuk tunggal dan tiada  dalam bentuk jamak. Antaranya dalam surah Saad: 74, Taha: 116  dan Al-Israk: 61.

Perkataan syaitan pula dalam dua bentuk iaitu tunggal dan jamak.  Kata bentuk tunggal (syaitan) disebut di 70 tempat. Dalam bentuk  jamak (syayatin) sebanyak 18 tempat.

Asal usul syaitan bermula daripada iblis. Iblis atau nama asalnya  Azazil, malah pernah disebutkan namanya adalah Al Haaris menjadi  penjaga syurga.

Menurut Ibnu Abbas pula, dikatakan  ia dicipta seribu tahun lebih  awal daripada manusia, dan adalah makhluk yang taat dan kuat  beribadat.

Apabila sampai ke peringkat Nabi Adam diciptakan untuk menjadi  khalifah di muka bumi, semua makhluk disuruh tunduk kepada  Adam. Iblis enggan kerana egonya. Lantas dia dihukum,  dikeluarkan dari syurga.

Peristiwa ini jelas dinyatakan dalam al-Quran pada surah Al  Baqarah: 30-36, Al A'raf: 11-18, Saad: 71-85, Al Hijr: 30-40.

Itulah sejarahnya perselisihan antara iblis dengan manusia. Iblis  meminta supaya dipanjangkan hayatnya sehingga hari kiamat  seperti yang dinyatakan dalam surah Saad: 78,  "Wahai Tuhanku.  Jika demikian, berilah tempoh kepadaku sehingga ke hari mereka  dibangkitkan (hari kiamat)".


Permintaan ini diperkenankan Allah dan firman-Nya,  " Dengan  permohonanku, maka seseungguhnya sengkau dari golongan yang  diberi tempoh hingga ke masa yang termaklum." (Saad : 80)

Seterusnya iblis bersumpah dengan katanya,  "Demi kuat kuasa- Mu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,  kecuali hamba-hamba-Mu di antara zuriat-zuriat Adam itu - yang  dibersihkan daripada sebarang penderhakaan dan  penyelewangan." 
(Saad: 83)


Pengakuan Iblis

Iblis dan suku-sakatnya dicipta daripada api. Ini jelas dengan  pengakuan iblis sendiri dalam Al A'raf: 76 yang bermaksud,


" Allah berfirman, apakah yang menghalangmu daripada sujud  kepada Adam ketika Aku memerintahmu? Iblis menjawab, "Aku  lebih baik dari Adam. Engkau (Tuhanku) jadikan aku daripada api,  sedang dia Engkau Perkara yang sama turut dijelaskan oleh hadis.  Daripada Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:   "Malaikat dijadikan dariada nur (cahaya). Jin dijadikan daripada 
marij (api). Dan Adam telah diterangkan kepadamu (iaitu daripada   tanah)." (Sahih Muslim)

Sifat dan perangai syaitan, secara umumnnya adalah berlawanan  dengan sifat dan perangai malaikat. Jika malaikat suka akan  masjid, syaitan suka kepada tempat sebaliknya.

"Malah terdapat hadis (riwayat Muslim), bahawa Nabi berpesan  kepada  Ummu Salamah supaya jangan jadi orang pertama masuk  pasar dan orang terakhir ke luar dari sana. Ini kerana tempat- tempat yang kotor seperti itu adalah menjadi kegemaran syaitan.  Ia begitu kontra dengan sifat yang dimiliki oleh malaikat, yang  menyukai tempat yang bersih dan damai."

Tiga SIFAT TERKENAL

Terdapat tiga sifat yang terkenal, seperti yang disebut oleh al- Quran :


Sifat Ar-Rajim (dilaknat) 

Ini berdasarkan surah Al-Hijr: 34, yang bermaksud, Allah  berfirman,  "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya,  kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan   adalah (satu makhluk yang) dilaknat."  Begitu juga surah An-Nahl:  98 menerangkan,  "Oleh itu, apabila engkau membaca al-Quran,  maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan   kepada Allah daripada hasutan syaitan yang dilaknat." Sementara  surah At-Takwir: 25 menyatakan,  "Dan sebenarnya al-Quran itu  bukanlah perkataan syaitan yang dilaknat."

Sifat Al-Maarid (derhaka; jahat )

 Surah As-Saafat: 7 menerangkan sifat ini, "Dan (Kami pelihara  urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan daripada masuk  campur setiap syaitan yang  derhaka."  Dinyatakan juga oleh surah  Al-Hajj: 3, "Dan ada di antara manusia yang membantah perkara- perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak  berdasarkan  sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang  sebati dengan kejahatan." Turut dinyatakan dalam An Nisa: 117,  "Apa yang mereka sembah yang lain daripada Allah itu, hanyalah  berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah) dan mereka  (dengan demikian) tidak menyembah melainkan syaitan yang  derhaka."

Sifat Waswasil Khannas (menghasut)

Diterangkan dalam surah An-Nas: 4 - 6,  "Daripada kejahatan  pembisik, penghasut yang tenggelam timbul, yang melemparkan  bisikan dan hasutan ke  dalam hati manusia (iaitu pembisik dan  penghasut dari kalangan jin dan manusia)."